fbpx

Baru-baru ini pelakon Abby Abadi ada berkongsikan video suaminya Muhammad Faizal Zakaria sedang menunaikan solat di belakang sebuah gerai. Bagaimanapun perkongsian itu menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen.

Bagaimanapun, Abby berkata perkongsiannya itu bukan untuk menunjuk mahupun riak tetapi sebagai ingatan bermanfaat buat peminatnya. Akui dirinya tidak sempurna, jelas Abby hanya Allah sahaja yang tahu niat seseorang itu.

BACA: “Jarang Bergaduh Dengan Suami Sebab Berpegang Kuat Pada Tali Allah”

“Semalam saya kongsikan video suami solat ni dekat story.. ada yang DM kata ini riak, menunjuk. Saya balas semula, Saya kata kalau suami pos sendiri, mungkin menunjuk tapi kan saya yang pos, ALLAH lebih tahu niat seseorang itu.

“Ini IG saya, ya saya tak sempurna. Takkan mungkin sempurna tapi saya cakap, saya kongsi tazkirah, renungan qalbu. Ingatkan pasal solat dalam IG ini agar IG saya bermanfaat untuk org lain. Jadi bila tiba-tiba Sy padam, ada juga kenangan indah yang saya tinggalkan disini,” tulisnya.

Dalam pada itu, Abby turut meluahkan rasa hairan dengan sikap segelintir netizen yang kurang senang dengan pekongsiannya mengenai agama. Ujarnya, tindakannya berkongsikan perkara itu merupakan sebahagiaan tanggungjawabnya.

“Bila ingatkan benda baik-baik, pergi mana-mana, apa keadaan pun mesti jaga solat, serba tak kena. Bila ajak liburan, ajak pergi konsert, pergi layan benda-benda mengarut, berpuluh kali post pun takpa, siap repost lagi.

“Bila pasal solat, sentap tak tentu hala… itulah kesilapan besar kita sebenarnya. Walhal hidup ini memang untuk sebarkan agama DIA. Muhasabahlah, memang tanggungjawab kita saling mengingatkan & berpesan-pesan

“Berpesan dengan kebenaran. Berpesan dengan kesabaran. Bukan sebab kita konon baik dari org lain, tapi sebab nak sama-sama ke syurga & bernilai disisiNYA,” tulisnya.