“Jarang Bergaduh Dengan Suami Sebab Berpegang Kuat Pada Tali Allah”
Sudah hampir lima tahun melayari bahtera rumah tangga bersama suami, Muhammad Faizal Zakaria, pelakon Abby Abadi meluahkan rasa syukur perkahwinan mereka masih kekal bahagia sehingga ke hari ini.
Berkongsikan tips kebahagiaan rumah tangganya, Abby berkata dia dan suami sentiasa berpegang teguh pada ajaran agama. Abby turut memuat naik tips itu di Insta Story bagi menjawab solan peminat berkenaan perkara itu.
BACA: Abby Abadi Anggap ‘Tak Pelik’ Jumpa Lipas Dalam Peti Ais
“Ada juga pasang surutnya tapi saling menerima, saling melengkapi, bertolak ansur, bekerjasama dalam banyak perkara..itu antara yang membuatkan hubungan ini harmoni.
“Sejujurnya memang dengan suami tersayang kurang bergaduhlah sebab berpegang kuat pada tali Allah ya,” katanya.
Mempunyai tiga orang anak angkat yang dijaga sejak bayi lagi, Abby mengatakan dia dan suami memberikan kasih sayang sama rata tanpa membeza-bezakan mereka dengan anak kandung.
“Saya anggap macam anak sendiri, jangan dibeza-bezakan dan saya pun tak pernah anaggap ini anak (angkat). Ini anak-anak saya dunia dan akhirat,” katanya.
Pasangan ini memelihara tiga anak angkat iaitu Muhammad Daiyan Fayyad, Maisara Dayana Fathia dan Maira Darda Farisa.
Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Norman Hakim, Abby mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 17, Marissa Dania Hakim, 14 dan Maria Danisah Hakim, 11.
- SUMBER
- Cari Forum
yg ni baru 5 tahun sis. jgn ckp mcm nenek yg dh kahwin dgn atok selama 50 tahun.
Yup..sis ..awak tu dah 4 kali kawin … hardly the right person nak bagi nasohat
abis yang sebelum ni berpegang pada tali rapia ka..
Sembang smpai brgegor tiang roman………..
Tak sesuai langsung..
hahaha..
LOL! DAH LAKI KEEMPAT BARU PEGANG TALI ALLAH SWT..
DIA KALO SEMBANG, KERBAU PUN BOLEH TERBANG….
dh 4x kawin ke?…sapa sorang lagi selain norman ngan bekas laki dia yg muda mcm bdk sekolah tu?
Poyo ah Abby ni. Cakap macam religious. Time janda mengada dia mcm Sundal. Kawen dah berapa kali. Geli sial.