fbpx

Tayang Jam Harga Setengah Juta, Bekas PA Vida Tiada Niat Menunjuk

Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai bekas pembantu peribadi usahawan kosmetik iaitu Iqbal Zulkifli mendedahkan mengenai hubungan cintanya dengan Datuk Seri Vida.

Kali ini, Iqbal sekali lagi menjadi perhatiam apabila dikatakan membeli jam tangan mewah bernilai hampir setengah juta. Menerusi IG, Iqbal turut memuat naik video sedang membeli dua jam tangan mewah jenama Hublot di sebuah pusat beli belah.

BACA: Hampir Kahwin Pada 2018, Bekas PA Akui Masih Ada Perasaan Pada DSV

Seperti sudah dijangka, perkongsiannya itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang menuduhnya menunjuk-nunjuk dan sengaja berlagak mewah.

Bagaimanapun, Iqbal mengatakan dia tiada niat untuk menunjuk atau riak kerana dia sebolehnya mahu menyembunyikan kemewahan yang dimiliki.

“Saya fikir panjang dan bersebab untuk memuat naik kandungan berkenaan. Ikutkan sejak dulu lagi saya boleh tayang kandungan sebegini di media sosial.

“Cuma kali ini saya rasa tujuan video itu bukan dimuat naik atas paksi riak. Tapi sebaliknya mahu membuktikan kalau kita betul-betul berusaha walaupun era pandemi, kejayaan tu pasti berhasil,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal berkata tujuan dia memuat naik video dan membeli jam menggunakan wang tunai adalah untuk mendidik orang ramai untuk tidak berhutang.

“Video dimuat naik saya menayang wang tunai membeli jam itu juga bukan lakonan. Saya juga nak mendidik orang ramai kalau boleh beli barang secara tunai, elaklah berhutang,” katanya.

Terdahulu, Iqbal mendedahkan dia dan usahawan tersebut hampir berkahwin pada 2018 dan sudah bertemu kedua-dua belah keluarga namun impian untuk berumah tangga tidak kesampaian.