fbpx

Hampir Kahwin Pada 2018, Bekas PA Akui Masih Ada Perasaan Pada DSV

Gosip cinta antara usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli menjadi perhatian ramai, namun Vida menafika dakwaan tersebut.

Menerusi mStar Online, Iqbal tampil menjawab mengenai beberapa spekulasi serta hairan dengan ciri lelaki idaman Vida yang sebelum ini mahukan lelaki muda tetapi kini mahu yang seusia.

BACA: “Kalau Ada Jodoh, Saya Akan Cari Yang Sama Level, Kaya”

“Saya ada baca syarat-syarat bakal suami yang dia mahu tapi saya pun keliru dia kata mahu lelaki yang sama level dan seusia tapi kalau ingat dulu dia pernah kata mahu yang muda, sekarang taste lain pula.

“Kalau nak cakap pasal kaya saya akui saya tidaklah terlalu kaya. Kalau setakat nak tanggung dia saya masih mampu, sebulan RM1 juta pun InsyaAllah masih boleh.

“Sejujurnya saya pun tak tahu hati dia terhadap saya macam mana, dia seolah-olah tak nak mengaku perasaan itu. Saya tahu dia nak kahwin tapi tak yakin,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal mendedahkan dia dan usahawan tersebut hampir berkahwin pada 2018 dan sudah bertemu kedua-dua belah keluarga namun impian untuk berumah tangga tidak kesampaian.

“Biarlah saya berterus terang, pada tahun 2018 kami hampir berkahwin, dia pun dah jumpa famili saya dan kami pun dah buat ujian kesuburan, kami berdua okay untuk teruskan ke fasa baharu tapi niat itu tak kesampaian dan saya reda sahaja.

Dalam pada itu, Iqbal berkata dia pasrah sekiranya hubungannya dengan Vida hanya sebagai kawan sahaja serta memahami usahawan itu perlu menjaga banyak hati jika memilih untuk berkahwin.

“Saya dapat rasakan untuk kami melangkah ke alam perkahwinan memang tak boleh sebab dia perlu fikir anak-anak dan banyak hati kena jaga. Saya tahu dia trauma dengan perkahwinan sebelum ini.

“Saya pun tak mahu putus kawan, biarlah kami berkawan macam bias. Sayang tu ada tapi saya sedar jika saya saja terhegeh-hegeh pun tak akan jadi apa,” katanya.