fbpx

Tayang Gambar Pakai Bikini, IG Adeline Tsen Dipenuhi Komen Lucah Lelaki

Baru-baru ini, perkongsian pelakon Adeline Tsen menjadi perhatian apabila memuat naik beberapa keping gambarnya memakai bikini ketika berada di pantai.

Menerusi satu perkongsian video, pelakon berusia 36 tahun itu turut menulis kapsyen menyatakan bahawa dia seorang pencinta pulau.

BACA: “Pakai Seksi Sebab Tak Nak Nampak Tua”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Barbie Tsen ? (@adelinetsen)

Video tersebut memaparkan Adeline mengenakan set bikini berwarna hitam berlatar belakangkan pemandangan laut.

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji serta mengagumi bentuk badan pelakon itu yang semakin langsing. Namun, seperti sudah disangka, perkongsian tersebut turut dibanjiri dengan komen berbaur lucah daripada lelaki gatal.

Terdahulu, pelakon keturunan Cina Kadazan itu menjelaskan dia suka tampil seksi kerana tidak mahu kelihatan tua.