fbpx

“Pakai Seksi Sebab Tak Nak Nampak Tua”

Sebut saja nama Adeline Tsen, pasti ramai yang tahu pelakon itu cukup sinonim dengan penampilannya yang agak seksi. Fotonya di Instagram juga sering menjadi perhatian ramai kerana pakaiannya yang mencolok mata.

Bagaimanapun, pelakon keturunan Cina Kadazan ini menjelaskan dia suka tampil seksi kerana tidak mahu kelihatan tua. Malah, Adeline juga mengakui lebih yakin selepas berjaya menurunkan berat badan.

BACA: Adeline Tsen Bakal Sambung Belajar Ke LA

“Bila dah kurus tu saya rasa lebih yakin. Pada masa sama saya pun mahu amalkan gaya hidup sihat. Kita ni semakin berusia jadi semua itu perlu diambil kira.

“Penampilan seksi ni sebab I tak nak nampak tua kalau boleh. Orang pun tak pernah rasa saya ni berusia 30-an, mereka ingat saya seperti 20-an sahaja. Sebab penampilan diri itulah,” katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Adeline enggan peduli dengan kritikan netizen kerana ia bukanlah sesuatu yang baru bagi dirinya. Ujarnya lagi, orang luar tidak kenal siapa dirinya.

“Saya sudah lalilah kalau diperkatakan mengenai hal itu.Y ang penting, bapa saya tetap tahu diri saya masih sama seadanya. Soal penampilan itu orang kata don’t judge a book by its cover.

“Kalau ada komen melampau tu, saya akan padam. Malah, Instagram pun sudah ada bahagian untuk kita sunting komen yang tidak sepatutnya. Kita boleh setkan,” katanya.