Sekitar Majlis Persandingan Zarina Anjoulie Di Kampung
Selamat melangsungkan pernikahan dengan kekasih hati pada 17 Julai lalu, pelakon kontroversi Zarina Anjoulie mengadakan majlis resepsi di kampung halaman suaminya yang terletak di Nilai, Negeri Sembilan hari ini.
Zarina kelihatan manis bertudung memakai gaun merah jambu sedondon dengan suaminya, Eilyas Azhar atau Yas, yang segak berbaju Melayu moden serta bertanjak.
BACA: Netizen Puji Mentua Zarina Anjoulie Tak Nilai Menantu
Menerusi Instagram, Zarina atau lebih mesra disapa Anju sempat memuat naik foto sekitar majlis resepsi yang dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai kedua-dua belah pihak.
Diruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang utnuk mengucapkan tahniah serta kecantikan Zarina di hari persandingannya itu.
Sebelum ini, Zarina dan Yas difahamkan sudah bernikah pada 17 Julai lalu di sebuah pejabat agama yang turut dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.
Terdahulu, Zarina pernah berkahwin dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 namun bercerai pada Disember 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.
Congrats sis
la dia ada anak ke? kenapa tak pernah nampak pun sebelum ni…
Hari tu aidil n fasha skrg anju n husband.Both lelaki n9.mmg lelaki n9 ni baik2 n mudah menerima janda/ prmpn seadanya ke. Nak kena cari lelaki asal n9 la nmpk gayanya.happy sgt dpt suami n mertua yg dpt menerima kita seadaanya tanpa pndg status janda
Alhamdulillah.. tahniah anju
@Aku janda cantik…
Ya, lelaki n9 mmg gentleman..
Mmg yg terbaik
Yer senang terima senang buang work both ways
Congrats atas pernikahan pertama
dia ni kn yg kata kawin llaki melayu spender lunyai xberganti tu kan?