Tayang Dapur Rumah, Diva AA Tuduh Ziha AF Guna Duit Haram
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai seorang bekas pelajar Akademi Fantasia, Ziha Salleh apabila pengacara sensasi Azwan Ali mendakwanya menggunakan duit haram kerana sering berkongsi foto kediamannya.
Azwan atau lebih popular dengan nama panggilan Diva AA menuduh Ziha sengaja menayang ruang dapurnya yang mempunyai dekorasi mahal. Azwan mengeluarkan kenyataan berupa provokasi sehingga menyentuh perihal ibu bapa selebriti itu.
BACA: Perlekeh Darurat, Azwan Ali Dipanggil Ke Bukit Aman
Tidak melatah dengan tuduhan tersebut, Ziha tenang memberi kenyataan balas meminta maaf terlebih dahulu kepada Azwan jika ada salah dan silap. Menurut Ziha, dia bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah dan tidak lupa hasil daripada doa kedua ibu bapanya.
Perkongsian Ziha itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meminta penyanyi itu bersabar dengan mulut lepas Azwan Ali.
Malah, ada yang menganggap dakwaan pengacara itu keterlaluan kerana menghina ibu bapa kepada penyanyi itu dengan kata-kata kesat.
Dalam status dimuat naik di Twitter, Azwan mempersoalkan siapa Ziha AF dan mendakwa dari mana dia memperoleh duit haram mendekorasi ruangan dapurnya sedangkan dia tidak terkenal.
DivaAa ni ada virus SMS sukar melihat senang.. retis BBNU berani la buli. Cer buli Jah Lopa .. berani kew?
Diva?Haha mulut asyik maki org je. Level mak bawang :((
malu la wei kt org non muslim …toksid betul mulut si aa ni … terbukti kurang kasih syg @ mental disorder!
AA ni tak ubah2 dan tak akan berubah aku tengok. Diva sgt ke dia??! Rumah kata pergi, kubur kata mari, still tak sedar jugak. Haizzz….
diva berprestig ke gini? sah sakit jiwa.
Apanya yg DIVA kat AA ni?
Rupa?
Perangai?
Penampilan?
Cara berkomunikasi?
Semua nan hado..
Konpius..konpius…
Pasaipa AA yg panas pungkok tgok dapur cantik ZS?
Dan knpa maki parents ZS?
Kesian awak AA.. cari cheap publicity dgn cara tu.
DIVA. AA ni yg sepatut juga kena ambi tindakan dari segi agama mana anak ketua umno tu yg sibuk dgn kes sajat je…tolong eei DIVA Aa..da kritikal ni..
DIVA Aa ni juga yg patut kena ambi tindakan agama …..celupar betul mulut dia tak takut dgn ALLAH SWT…
wahai Azwan Ali,
Dah laki dia kayo…ko apa tau..yang kau tau nk maki hamun orang je..
DIVA ke ko!!
ingat lah, mati itu benar..umur pun dah senja..kurang2 la dok maki hamun orang..cam sakit je ko ni…sakit dalaman..
ko hina dan pitenah org satu hal
ko babitkan mak bapak dia lagi kenapa
nauzubillah.
Laki org tu kontraktor n interior designer kot sure lah rumah kena cantik sebab dia ada mentioned rumah tu profile bisnes utk bisnes laki dia.. sama laa mcm rumah ID n kontraktor rumah lain kan lawa. saja clearkan supaya org x dengki n busuk hati. Aiyookkk
Alamak.. Lawa la pulak si ziha ni… Kaya plak tuh… Bakal bini ni… Ahem ahem… Nmpak boleh serasi ngan doktor. Nyam nyam… I like