fbpx

Perlekeh Darurat, Azwan Ali Dipanggil Ke Bukit Aman

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan sisasatan terhadap pengacara sensasi, Azwan Ali kerana dipercayai memperlekehkan proklamasi darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 12 Januari lalu.

Memetik laporan Astro Awani, Bukit Aman turut mengesahkan telah memanggil selebriti Azwan Ali hari ini untuk membantu siasatan berhubung penularan sebuah klip video baru-baru ini.

BACA: Air Mata Jantan Azwan Ali Gugur Disoal Tentang Ziana Zain

“Rakaman video berdurasi 41 saat tersebut telah ditularkan oleh pemilik akaun Facebook Zai Mikail pada 12 Januari 2021. Pada 21 Januari 2021, Azwan Ali (DIVA AA) telah dipanggil ke Pejabat USJT, Bukit Aman bagi membantu siasatan.

“Siasatan akan diteruskan untuk mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang telah memuat naik dan menularkan klip video tersebut,” katanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

PDRM mengesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform tersebut sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam serta menganggu gugat keharmonian negara.

Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.