fbpx

Tawar RM100,000 Pun Joe Flizzow Tak Akan Buat Lagu Untuk Founder Produk

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pula founder produk dan juga TikToker muncul dengan single mereka semata-mata untuk tujuan marketing. Malah, golongan ini juga tidak seolah serik meskipun dikecam.

Memetik mStar Online, penyanyi rap Joe Flizzow berkata dia tetap dengan pendirian tidak berminat untuk menghasilkan lagu untuk founder produk.

BACA: Awie Sedih Industri Muzik Dilacurkan Founder & TikToker Kemaruk Jadi Penyanyi

Menurut Joe lagi, meskipun dia diberi tawaran RM100,000 sekali pun dia akan menolak tawaran berkenaan.

“Saya akan kata tidak! Awak boleh tanya pengurus saya bahawa saya akan cakap tidak kepada duit yang banyak walaupun untuk RM100,000,” katanya.

Terdahulu, penyanyi Datuk Awie meluahkan rasa kecewa melihat founder produk dan TikToker muncul dengan lagu sendri serta menyifatkan tindakan mereka itu mersosakkan industri muzik.