Awie Sedih Industri Muzik Dilacurkan Founder & TikToker Kemaruk Jadi Penyanyi
Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pula founder produk dan juga TikToker muncul dengan single mereka semata-mata untuk tujuan marketing.
Memetik mStar Online, penyanyi Datuk Awie yang diminta mengulas mengenai perkara itu meluahkan rasa kecewa melihat trend tersebut serta menyifatkan tindakan mereka itu mersosakkan industri muzik.
BACA: Buat Trend TikTok Tayang Gambar Dengan Bapa, Anak Dara Awie Dipuji Cantik
“Apa nak jadi dengan industri muzik kalau mereka melacuri industri ni dengan teruknya, teruk sangat tahu tak!
“Tiba-tiba stesen TV pakai lagu mereka untuk program, radio pakai lagu mereka untuk pasang walhal mereka bukan penyanyi, nak bercakap pun tak sedap apatah lagi nak menyanyi. Saya minta maaf, bukan saya bagus sangat saya pun tak bagus tapi saya sayangkan industri ni,” katanya.
Menurut Awie lagi, ‘orang berduit’ ini juga sewenangnya membuat kontroversi murahan dengan tujuan mempromosikan lagu mereka sehingga ditegur oleh ulama.
“Tiba-tiba datang orang berduit menghancurkan industri. Rosak! Alim ulamak pun marah, netizen hentam, dia lagi bangga diri. Kau tak kesian ke?
“Kalau kau tak berkemampuan untuk membuat sesuatu yang elok, kau laburkan kepada mereka yang lebih elok. Cari orang yang betul-betul boleh nyanyi untuk produk engkau,” katanya.
Dalam pada itu, Awie berkata tindakan mereka ini juga sekaligus memalukan nama negara apatah lagi sekarang ini segala perkongsian di media sosial boleh ditonton di seluruh dunia.
“Kau tak malu ke nama Malaysia buruk kerana kau? Kau nak dapat rating kau, viewers untuk kau tapi kau hancurkan nama Malaysia dan nama Melayu khususnya orang Islam. Malu dik! “ katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Tu laa sedih tngk perangai org melayu kita ni. Lg buruk dan hina dari kaum2 lain sebenarnya. Benda ni x berlaku kt negara2 lain pun. Bangsa cina yg sanggup menipu tuhan mrk dgn jamu buah plastik, bakar wang kertas pun xde nk buat mcm founder2 timbang kilo ni. Nk kaya ada bnyk cara tp kenapa perlu buat dgn tunjuk perangai sngt memalukan tergedik2, terjerit2 bagai?
Elok laa kiamat je industry muzik melayu ni. Jual itak goreng dgn minyak babi pun laku melayu beli tau?!!!
Awei … Tak boleh ke penampar kasi itu belut
Bercakap pun mcm suara budak belum sunat nak nyanyi lagi.
DATO AWIE KALAU BOLEH TOLONG WAKILKAN TAMPOR MUKA SI BELUT ELETRIK LAJU2! KITA SANGGUP JOIN SEKAKI KAKI KAN DIA!
JANGAN INGAT DIA BAYAR ZAKAT DIA BOLEH BUAT SESUKA HATI!
DIA BESAR PUNYA HANAT.. DIA DAN MEKA2 INGAT DORANG BANYAK DUIT SUKA2 MENJAHANAMKAN INDUSTRY SENI!
Yg rosak biarkan dia teruk bagai momok menakutkan orang.. yang elok dan cantik tetap berlagak bagai lebah dan madunya
masalahnye ade org tgk..view dia dpt sambutan…
x faham sy…
owh duit ade ape pn boleh…ha gitewww