fbpx

Tauke Nafi Bawa Alat Seks, Hanya Petai & Rambutan Untuk Isteri

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pelawak terkenal Tauke Jambu apabila terpalit dengan kontroversi kes pemerdagangan manusia untuk tujuan seks.

Mengakui dia ditahan polis bagi membantu siasatan kes tersebut, bagaimanapun Tauke berkata dia tiada kaitan dengan aktiviti tersebut dah sudah pun memberi kerjasama kepada pihak berkuasa.

BACA: “Kepada Yang Tak Puas Hati, Memang Aku Ditahan..”

Berikutan penahanan itu, peralatan seks dikatakan telah ditemui di dalam keretanya. Tampil menafikan perkara itu, Tauke berkata dia hanya membawa buah tangan untuk isterinya iaitu rambutan dan petai.

Sementara itu, memetik mStar Online, Tauke membuat keputusan mengucapkan selamat tinggal kepada dunia hiburan. Ujarnya, pelbagai tohmahan diterima sejak ditahan bagi membantu kes berkenaan.

“Akibat peristiwa ini saya terpaksa undur diri dalam industri hiburan. Bukan kerana merajuk tapi sebab-sebab lain..saya rasa cukuplah setakat ini,” katanya.