Selepas sekian lama peminat berteka teki tentang isu rumahtangga Tauke Jambu, laporan terbaru mengesahkan yang beliau sudah berpisah dengan isterinya Nadia Mohd Affandi.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Nadia dalam satu kenyataan kepada media yang mengatakan Tauke Jambu menceraikan dirinya menerusi kiriman rakaman suara di aplikasi WhatsApp.


BACA: Kongsi Tanda Isteri Derhaka, Rumahtangga Tauke Bermasalah?

“Apa yang saya boleh cakap sekarang ini, kami sudah berpisah sejak masuknya tahun baru. Keretakan rumah tangga kami adalah berpunca daripada orang ketiga,” kata Nadia.

“Tauke mempunyai ramai kawan perempuan, jadi agak susah untuk saya menghidu kegiatan Tauke pada awalnya. Sejak akhir-akhir ini, Tauke mempunyai hubungan dengan seorang wanita dari seberang”



Nadia menambah yang ini bukan pertama kali rumahtangga mereka bergoyang disebabkan orang ketiga namun beliau banyak bersabar memikirkan rumahtangga beliau dan anak.

“Sebenarnya, sudah banyak kali saya dimaklumkan oleh rakan yang mereka ada bertemu dengan Tauke bersama wanita tersebut. Kami juga pernah berbincang mengenai permasalahan ini tetapi Tauke tidak mengaku dia mempunyai hubungan dengan wanita terbabit”

“Akhirnya ada seorang hamba Allah yang mengambil gambar pasangan itu ketika mereka makan di sebuah kedai, bertempat di Port Dickson lalu di-‘mention’-kan di Instagram milik Tauke”

“Saya melihat gambar mereka berdua memandangkan saya mempunyai akses untuk memasuki Instagram Tauke. Kami bergaduh dan akhirnya, perpisahan yang dipilih,” jelas Nadia lagi. (rtky/m)