fbpx

Kongsi Tanda Isteri Derhaka, Rumahtangga Tauke Jambu Bermasalah?

Baru-baru ini, perasan juga Tauke Jambu ada naikkan perkongsian di Insta Stories tentang tanda-tanda isteri derhaka. Nama pun selebriti, kalau tiba-tiba kongsi benda sebegini, memang menjadi buah mulut orang untuk mengata.

BACA: Kahwin Kali Keempat, Tauke Jual Ubat Kuat Lelaki

Malah dari satu sudut, macam memberi bayangan sebaliknya pula tentang situasi rumahtangga sendiri. Maklumlah sebab sebelum itu peminat nampak yang bahagia saja,kan? Berpunca daripada perkongsian tersebut, baru-baru ini Tauke Jambu memuatnaik sedikit penjelasan berkenaan perkara tersebut.

“Haritu saya ada muat naik cerita mengenai tujuh tanda isteri derhaka, kesannya berita itu menjadi viral. Rata-rata sahabat memandang serong pada saya padahal kita berniat baik,” jelasnya.

Melalui kapsyen itu juga, Tauke turut mengucapkan selamat hari hari ulangtahun perkahwinan buat isterinya. Rata-rata peminat turut menyokong Tauke kerana menyebarkan nasihat selain mengucapkan tahniah buat pasangan itu.

Namun, ketika Tauke memuatnaik Insta Stories sebelum ini, pertanyaan yang ditimbulkan oleh pelawak ini juga seakan mengundang pertikaian masyarakat kita yang sememangnya suka perkara sebegini selain isterinya turut Insta Stories dengan persoalan namun menyerahkan kepada Allah untuk menentukan kebenaran.

Apa-apa pun, melalui perkembangan terbaru, pasangan ini dilihat sama-sama menaikkan gambar bersama bagi meraikan hari ulangtahun perkahwinan mereka. Jika semuanya baik, baguslah.

“Niat kita atas dasar memberi info berguna, begitulah cara kita berfikir kalau sesuatu itu kita pandang negatif maka negatiflah pemikiran kita. Semoga tali ikatan setiap rumah tangga kita semua berkekalan,” luah Tauke. (rtky/s)