Tauke Jambu Nafi Terlibat Kes ‘Bapa Ayam’
Sejak petang tadi hangat diperkatakan apabila berita melaporkan seorang pelawak ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia di sebuah hotel di Kuala Pilah, kelmarin.
Sedar namanya dipetik oleh netizen didakwa terlibat dalam kes tersebut, Tauke Jambu menafikan dia adalah pelawak yang ditahan polis. Tegas Tauke lagi, dia tidak kaitan dengan penangkapan itu.
BACA: Pelawak Terkenal Ditahan Disyaki Terbabit Pemerdagangan Orang
“Saya tidak terbabit dalam apa-apa kegiatan seperti itu. Gilalah siapa yang petik nama saya itu.
“Saya ada saja di rumah di Bukit Jalil ini. Saya berada dalam keadaan baik dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Biarlah apa orang nak cakap, tapi tak eloklah kaitkan saya dengan isu sedemikian,” katanya.
Dalam pada itu, Tauke berkata dia tidak marah apabila namanya disebut oleh netizen sebaliknya menganggap ia perkara yang kelakar.
“Saya tiada hak untuk menutup mulut orang. Masing-masing ada hak bersuara. Kalau Agong pun orang boleh pertikaikan, apatah lagi saya ini. Jangan risau saya berada dalam keadaan yang baik disamping isteri saya sekarang ini,” katanya.
Sementara itu, isterinya Nadia Mohd Affandi turut menafikan suaminya mempunyai kaitan dengan jenayah terbabit. Ujarnya, suaminya sentiasa ada disisinya ketika ini.
- SUMBER
- Harian Metro
Habis sapo wey?
Korang x buat overtime ker? Sajat cepat jer suruh ke lokap!
1) naib juara maharaja lawak mega
2) berusia 40an
cuma ada 2 orang je yg ada ciri-ciri ni
aku tak nk tulis nama dia . kang kena saman.
Dah kompirm… mmg betul dia tapi tak ngaku. Sekarang dah lepas. Relaks kat rumah.
Bukan dialah..
Yg pena ada kes dada tu
Warga J… kn?
Ha ha
kes dadih saper la pulak?
tak perlu menteri. suruh je agong jadi pemerintah Malaysia. Kalau tak nanti wujud pula zoo dekat parlimen. Dah la tak makan saman. siap boleh berjemaah turun demonstrasi. Hatta rakyat biasa tak boleh pula ye. Kalau Brunei boleh.. kenapa Malaysia tak boleh.
Betol kew? Lol
Pelawak takde yg handsome. Abaikan..zzz.
Naib juara sapo lah lagi 40an pulak tu kan?
Bini mcm biasa bagi statement cover perangai burok laki.
pelawak skrg ni low class…
Gigih aku tgk kat blog lain…Yg naib juara MLM MEGA tu kebanyakannya usia 30an. ada satu 50an. Yg 40an ada dua aje. Kalo bkn dia ni, adakah dia tu? Mcm ada plot twist pulak. Kita tunggu aje lah polis siasat. Tahu awal pun nak buat apa? Gi masak la mak bawang sekelian. Zzz
Tapi ada satu gamba laporan polis psl hal ni. Dlm laporan polis tu ada nama si tauke ni lah. Gi tgk kat forum. Tapi, tauke tak mengaku pulak. So, sapa pelawak tu ye?
Sape pun akan diketahui kelak. So… Kita tunggu