Pelawak Terkenal Ditahan Disyaki Terbabit Pemerdagangan Orang
Pelawak terkenal ditahan polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi seks, dalam serbuan di sebuah hotel di Kuala Pilah, kelmarin.
Memetik laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, dalam serbuan jam 10 pagi itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita daripada menjadi mangsa.
Katanya, lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas oleh Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Pilah selepas melakukan risikan.
“Menerusi Ops Pintas, kami menahan seorang lelaki dan menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan,” katanya.
Menurut Amran lagi, suspek direman selama empat hari manakala mangsa yang diselamatkan mendapat perintah perlindungan sementara dan ditempatkan di sebuah rumah perlindungan di Johor.
Suspek juga kompaun bagi kesalahan rentas negeri tanpa kebenaran mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah – Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) ( Pelan Pemulihan Negara) 2021.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tempoh tidak melebihi 15 tahun dan boleh dikenakan denda.
- SUMBER
- BH Online
Siapa?
Siapa???
Letak je lah nama! Kalu org biasa cepat je walaupun curi milo sekotak!
Milanau kira immigran ke? Bukan Sabah /Sarawak saner?
Dlm CARIFORUM dah confirm! Pegi masuk GOSIP TEMPATAN atau ISU SEMASA utk jawapan…pelawak org Johor.. masai. Ahaksz!!
Pelawak warga J tu lah. Lagi x ngaku. Puihhhh!!
Kalau tanya pendapat aku, jalan terbaik untuk selamatkan malaysia (sementara pru15/kobid), adalah dgn tubuhkan kerajaan campuran PN-PH.
sbb kita semua tau skrg ni raykat berpecah 3, pro kluster mahkamah, pro PN, pro PH.
Jadi kalau tubuhkan kerajaan campuran adalah jalan terakhir untuk satukan rakyat untuk lawan kobid. Sbb kalau berpecah, geng sini tak mau ikut sop, geng sana xmau sokong pelan pemulihan negara dll.
Sbb apa cadangan ni boleh diterima akal?
– sbb tun madey/ph. Awal2 dulu kita mmg tau depa anti kluster mahkamah, dan xmau umno secara en-bloc. Jadi umno dah takdak.
Cuma skrg, kena pulihkan hubungan antara:
– pas pan dap
– tun madey bang non
– pkr dan pro jemin.
Siapa calon pm terbaik? Tun madey
– sbb pas tentu boleh sokong
– ppbm ok
– pan warisan dap pun rasanya boleh terima tun madey.
Cuma bang non kena mengalah, mahiadin kena berundur.
Kerjasama ni sekurang2nya setakat habis penggal pru14 saja. Dan buat satu ketetapan semua mp xboleh tarik sokongan di pertengahan jalan.
Apa komen anda?
Busok kentot muka pelawak Msia.