fbpx

Tauke Jambu Dipuji Pertahankan Aliff Aziz

Sejak semalam kecoh mengenai Aliff Aziz ditahan polis kerana mengganggu ketenteraman di tempat awam ketika dalam keadaan mabuk. Malah, tular satu rakaman video dimana pelakon itu bergelut dengan pihak polis.

Susulan isu tersebut, ramai netizen mengecam bekas suami Bella Astillah itu. Bagaimanapun, pelawak Tauke Jambu tampil mempertahankan Aliff Aziz serta mempersoalkan tindakan netizen yang menghentam tanpa mengetahui perkara sebenar.

BACA: Hampir Bercerai, Tauke Serik Kongsi Masalah Di Media Sosial

Malah, Tauke turut memberitahu walau pun ramai yang menghentam serta mengecam Aliff, dia akan menjadi perisai buat pelakon dan penyanyi itu.

Perkongsian Tauke itu mendapat perhatian netizen yang memuji ikatan persahabatan mereka yang kekal utuh walaupun apa yang terjadi. Malah netizen juga turut menyelar komen negatif terhadap Aliff kerana diri sendiri pun belum sempurna.

Dalam pada itu, ramai netizen mendoakan diberikan hidayah serta berubah ke arah lebih baik dan dipermudahkan segala urusan.