fbpx

Hampir Bercerai, Tauke Serik Kongsi Masalah Di Media Sosial

Rumah tangganya pernah mengalami pergolakan sebelum ini, Tauke Jambu meluahkan rasa syukur dapat menempuhi dugaan dalam perkahwinannya itu.

Tauke berkata dia menolak rasa ego demi menyelamatkan rumah tangganya. Katanya lagi, selepas kisah hitam tersebut hubungannya dengan isteri bertambah rapat dan bahagia.

BACA: Pesanan Isteri Sempena Hari Lahir Ke 43 Tauke

“Rumah tangga saya di ambang perpisahan ketika itu, namun berjaya diselamatkan. Alhamdulillah saya kini berada di fasa bahagia dan hubungan kami bertambah rapat. Saya akui kisah hitam yang berlaku awal tahun ini adalah satu ujian besar untuk kami.

“Ketika itu, saya menempuhi dua perkara pada waktu yang sama iaitu terbabit dengan program Maharaja Lawak Mega dan menghadapi masalah rumah tangga,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Dalam pada itu, Tauke mengakui dia banyak belajar daripada daripada episod yang menguji rumah tangganya. Malah, Tauke turut menitipkan pesanan kepada pasangan di luar sana agar tidak berkongsikan masalah di media sosial.

“Jangan sesekali berkongsi masalah di laman sosial kalau nak rumah tangga kekal bahagia. Sebelum ini, isteri pernah berkongsi masalah di laman Instagram dan saya juga begitu. Malah kalau ada perkara yang tak puas hati, saya akan berkongsi perkara terbabit tetapi dalam cara sindiran.

“Bagaimanapun pengalaman lalu banyak mengajar saya iaitu jangan membawa masalah ke media sosial. Suami isteri seharusnya menyelesaikan dengan cara yang berhemah,” katanya.

Terdahulu isterinya, Nadia pernah mendakwa diceraikan oleh Tauke melalui aplikasi Whatsapp kerana tuduhan curang. Namun Tauke menafikan dakwaan terbabit dan mengatakan isterinya tidak matang.