fbpx

Pening juga dengar kenyataan dari pemenang Anugerah Artis Baru Popular Berita Harian 2011 (ABPBH), Tasha Shilla yang sehingga kini masih cuba menyembunyikan kisah cintanya dari pengetahuan umum.

Jika benar tiada kekasih, mungkin Tasha Shilla sendiri boleh menjelaskan & jangan cuba memberitahu pihak wartawan sedang mengenali hati budi seseorang sebelum ini yang dikatakan sudah dikenali sejak 6 tahun lalu.

Apabila timbul cerita mengatakan kini Tasha berkawan rapat dengan seorang pemain bola sepak, Mahali Jasuli dia terkejut kerana mendakwa kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini tanpa pengetahuan dirinya dan tiada seorang pun yang menghubunginya berikutan isu tersebut.

“Saya tidak tahu macam mana boleh timbul isu itu kerana tidak ada pula orang call bertanyakan perkara tersebut. Tahu-tahu sahaja keluar cerita yang bukan-bukan mengatakan saya sedang bercinta dengan Mahali sedangkan kami ini masih lagi di peringkat mengenali hati budi”

Menurut pelakon yang berusia 26 tahun ini, dia kini sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga namun masih belum bertemu dengan calon yang sesuai.

“Saya sudah bersedia mendirikan rumah tangga dan sehingga kini masih belum bertemu lagi calon yang sesuai, yang ada pun semuanya hanyalah kawan sahaja. Sekarang ini saya mahu fokus dengan kerjaya dan mencari calon suami yang betul-betul boleh membimbing saya.”

Namun begitu, menurut Tasha Shilla lagi tidak dinafikan Mahali mempunyai ciri-ciri lelaki idamannya yang jujur, ikhlas berkawan dan seorang lelaki yang memikirkan masa depan.

Padan sungguhlah Tasha Shilla dan Mahali, masing-masing punyai karier sendiri dan masih solo, apa tunggu lagi kan! Ramai juga selebriti Malaysia ini yang memilih pemain bola sepak sebagai calon suami.