fbpx

Tasha Shilla Nafi Berparti Dengan Datuk J

Tasha Shila Nafi Berparti Dengan Datuk J, Sibuk BekerjaAda sahaja gossip liar yang melanda pelakon wanita muda yang semakin mencipta nama ini & yang anehnya, gossip yang timbul tidak lari jauh kisahnya dari yang sebelum ini.

Terbaru, Tasha Shilla di’katakan telah keluar berparti bersama rakan rakan lelaki & wanita beliau. Bukan itu sahaja, malah Datuk J yang pernah di’kaitkan khabarnya turut hadir.

Datuk J sebelum ini di’kaitkan sebagai penaja kereta BMW yang di’pandu Tasha Shila dan parti minggu lalu terjadi selepas pelakon ini puas membeli belah di sekitar Bukit Bintang, KL.

Laporan Kosmo! hari ini menyebut yang Tasha Shila menafikan beliau ada menghadiri sebarang parti kerana terlalu sibuk akan kerja dan telah berada di Brunei sejak 10 hari yang lepas.

“Itu pun sudah nama gosip, sesiapa boleh cakap saya macam macam. Sudah tentu ia tidak benar. Sudah 10 hari saya berada di Brunei,” ujar Tasha Shilla ketika di’hubungi.

“Cerita ini tentu dibuat buat oleh pihak yang menyampaikan kepada pengetahuan media yang ingin lihat saya jatuh. Tidak benar sama sekali saya ada penaja”

Belum terlambat rasanya untuk ucapkan tahniah kepada Tasha Shilla yang berjaya membawa pulang Anugerah Heroin Baru Terhebat pada majlis Anugerah Blockbuster 2012 hujung minggu lalu.