fbpx

Tasha Shilla Jadi Makin Sensitif Lepas Bersalin

Selamat menimang cahaya mata sulung pada April lalu, baru-baru ini pelakon Tasha Shilla berkongsikan pengalamannya menjalani tempoh berpantang menerusi program bual bicara di TV3.

Menurut Tasha, dia berdepan situasi dimana emosi mudah sensitif sepanjang tempoh kehamilan serta ketika berpantang. Ujarnya, meskipun sudah bersalin, emosinya sensitif dan senang menangis.

BACA: Tasha Shila Pilih Nama Anak Raees Zander

“Saya berasa lebih sensitif, kalau ada apa-apa sahaja yang berlaku mesti saya akan rasa cepat tersentuh sebab ada naluri seorang ibu.

“Tambahan pula kalau bab anak, memang akan cepat sensitif sebab kita nak semua yang terbaik untuk anak kita. Perasaan sensitif itu masih ada walaupu dah bersalin, sikit-sikit rasa nak nangis,” katanya.

Hampir tiga bulan menimang cahaya mata, pelakon berusia 34 tahun itu akui sangat gembira dan seronok sepanjang proses kehamilan sehingga bergelar ibu.

“Sejujurnya, saya punya proses dari awal mengandung, bersalin dan berpantang saya berasa sangat gembira dan seronok.

“Saya bersyukur sebab suami sayaa banyak membantu saya dari segi untuk menguruskan saya dan anak saya. Dia sangat memainkan peranan sebagai suami, jadi saya punya perjalanan untuk menjadi ibu ni Alhamdulillah, semuanya seronok,” katanya.

Terdahulu, Tasha dan Atiq mendirikan rumah tangga pada 28 Februari tahun lalu selepas lima hari mengikat tali pertunangan.