Genap tujuh hari kelahiran anak pertamanya semalam, pelakon Tasha Shila berkongsikan wajah anak lelakinya di Instagram yang diberi nama Raees Zander.

Menerusi entri itu, Tasha dan suaminya, Muhammad Atiq turut mendoakan semoga anak sulung mereka itu dilimpahi keberkatan dan menjadi anak yang soleh.

BACA: Tasha Shila Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

“Syukur Alhamdulillah, sempena hari ketujuh kelahiran anak saya dan suami Atiq Idris, kami ingin perkenalkan “Raees Zander bin Muhammad Atiq”.

“Saya memohon dengan keberkatan, agar kalian semua tolong doakan untuk dia semoga menjadi anak yang soleh, penyejuk mata hati Ibu dan ayahnya, beri dia ilmu yang bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya, dilimpahi rezeki yang luas dan halal,” tulisnya.

Terdahulu, Tasha dan Atiq mendirikan rumah tangga pada 28 Februari tahun lalu selepas lima hari mengikat tali pertunangan.