fbpx

Tasha Shila & Suami Masuk Kelas Agama Selepas Kahwin

Berkenalan di masjid dan diijabkabulkan di masjid yang sama, suami kepada Tasha Shila iaitu Muhammad Atiq Idris berkata dia sentiasa memberi ruang kepada isterinya untuk menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

Muhammad Atiq yang merupakan seorang pakar kewangan enggan memaksa isterinya untuk berhijab selepas berkahwin, sebaliknya biarlah keputusan untuk menutup aurat itu datang dengan keikhlasan hati.

BACA: Tasha Shila Sah Bergelar Isteri Pakar Kewangan

“Buat masa ini dalam perhubungan kami sejak berkawan semuanya datang secara semulajadi dengan izin Allah. Lagi pula benda berkaitan agama tak boleh paksaan! Saya tahu dia seorang artis jadi saya dah bersedia sejak awal.

“Selepas ini kita akan buat lebih banyak benda bersama, memperbaiki diri dan ikuti kelas agama dalam membina hubungan keluarga ini,” katanya kepada mStar Online.

Ditanya mengenai cahaya mata, Atiq berkata dia dan Tasha bersedia jika dikurniakan rezeki zuriat dalam masa terdekat jika diizinkan oleh Allah.

Tasha Shila dan Muhammad Atiq selamat disatukan sebagai suami isteri semalam di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur. Pasangan ini mengikat tali pertunangan Ahad lalu selepas dua bulan berkenalan.