fbpx

Tasha Shila Sah Bergelar Isteri Pakar Kewangan

Tahniah diucapkan kepada pelakon Tasha Shila sah bergelar isteri kepada pakar kewangan, Muhammad Atiq Idris dengan sekali lafaz dalam satu majlis ringkas diadakan di Masjid Wilayah jam 9.59 pagi tadi.

Dimajlis serba ringkas itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM800 dan sebentuk cincin. Tiada dulang hantaran diserahkan kedua pihak dan wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

BACA: “Dia Memang Jodoh, Cinta Sejati Saya”

Tasha atau nama sebenarnya, Nastashashila Abdul Razak meluahkan rasa syukur segala perancangan sejak beberapa bulan lalu berjalan lancar. Tasha berkata selepas ini dia akan berhijrah ke Singapura mengikuti suaminya.

“Semuanya berlaku begitu pantas. Alhamdulillah, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan. Saya percaya ada hikmah di sebalik segala-galanya. Saya akan tinggal di Singapura mengikuti suami, selepas selesai majlis bertandang.

“Saya bersyukur bertemu jodoh dengan lelaki yang dicintai, biarpun semuanya berlaku begitu pantas. Semoga fasa baharu dalam kehidupan ini terus mematangkan saya dan suami. Insya-Allah,” katanya kepada BH Online.

Berkongsi kisah pertemuan mereka, Tasha berkata mereka berkenalan pada Disember lalu dan pertemuan pertama mereka di tempat di mana mereka diijabkabulkan iaitu di Masjid Wilayah.

“Perkenalan bermula di sebuah acara amal di Masjid Wilayah. Tanpa diduga berputik rasa sayang dan cinta. Tak sangka segala perancangan dipermudahkan.

“Saya percaya inilah jodoh yang diaturkan Yang Maha Esa. Saya percaya inilah cinta sejati yang dicari-cari selama ini,” katanya.

Difahamkan, majlis respsi pertama pasangan ini akan berlangsung pada petang ini, manakala majlis bertandang diadakan minggu hadapan.