fbpx

“Dia Memang Jodoh, Cinta Sejati Saya”

Biarpun perkenalan mereka hanya berlangsung dua bulan, Tasha Shilla mendedahkan hatinya terbuka menerima lamaran tunangnya, Muhammad Atiq kerana merasakan jejaka itu merupakan cinta sejati yang dicarinya selama ini.

“Kami rapat sejak Disember tahun lalu dan tak sangka secepat ini kami melangkah. Syukur dipertemukan dengan Atiq, ini memang jodoh saya, rasa cukup tenang. Inilah cinta sejati! Bakal suami pun nak cepat halalkan hubungan”

Pasangan ini telah selamat melangsungkan majlis pertunangan semalam, secara tertutup yang dihadiri keluarga dan rakan media. Jelas Tasha, suami juga tidak mahu menunggu lama dan bakal bernikah dalam masa yang terdekat.

Sementara itu, Atiq yang bekerja sebagai pakar kewangan di Singapura memberitahu sikap Tasha yang mementingkan keluarga dan menjaga solat berjaya memikat hatinya hingga memutuskan untuk mengikat tali pertunangan.

“Saya kenal dia ketika sertai program amal di masjid Wilayah Kuala Lumpur. Meskipun luaran Tasha nampak garang tapi dia baik dan lemah lembut. Dia
juga mementingkan keluarga, suka kanak-kanak dan paling penting menjaga solat,” kongsinya kepada m Star Online.

Tahniah sekali lagi diucapkan buat Tasha dan pasangan. Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis pertunangan pasangan ini yang berlangsung semalam di Aireka Space, Damansara. Enjoice! (rtky/w)