fbpx

Ini berita penting untuk anda yang sudah atau bercadang untuk beli tiket ke konsert LMFAO Live In Malaysia, tarikh untuk anda turun berparti sudah berubah.

LMFAO di’jadualkan sebelum ini untuk mengadakan konsert skala besar pertama mereka di Malaysia pada 29 Mac 2012.

Dan, pengumuman terbaru dari pihak penganjur memaklumkan yang LMFAO akan tetap hadir ke Malaysia namun tarikh baru kini ialah pada 9 April 2012. Ya, Isnin!

Dan, satu lagi perkhabaran yang perlu anda tahu, salah seorang anggota utama LMFAO, Sky Blu tidak dapat menghadirkan diri ke konsert jelajah Asia kerana masih berusaha untuk pulih dari masalah sakit belakang yang di’alami — termasuk di Malaysia. 

For ticketing enquiries, call Ticketpro Hotline +603-78807999 or get your tickets online @ www.ticketpro.com.my. All tickets purchased with the earlier date of March 29 stated on it will still be valid for the April 9 show.