fbpx

Perkahwinan Natasha Hudson bersama seorang seorang usahawan dari Kelantan baru-baru ini ternyata menarik minat golonga netizen di laman sosial lebih-lebih lagi perkahwinan Natasha kali ini adalah kali yang keempat.

BACA: Natasha Hudson Selamat Nikah Usahawan Kelantan

Sementara itu bagi adik Natasha iaitu Tania Hudson, dia turut meninggalkan pesanan buat netizen melalui perkongsian di Insta Stories gara-gara sikap mereka yang tidak henti-henti menjaga tepi kain orang.

Melalui perkongsian tersebut, Tania menyatakan bahawa nampaknya orang di luar sana lebih mengetahui tentang kisah rumahtangga kakaknya itu.

Begitulah sedikit sebanyak kehidupan selebriti di zaman sosial media ini. Bertabahlah menghadapi perkara sebegini dan fokus untuk meneruskan kehidupan. (rtky/s)