fbpx

Natasha Hudson Selamat Nikah Usahawan Kelantan

Utusan Malaysia hari ini melaporkan yang Natasha Hudson kini sah bergelar isteri kepada usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor selepas selamat diijabkabulkan tepat pukul 8.30 malam tadi dengan hanya sekali lafaz.

?Majlis secara sederhana yang berlangsung di Masjid Al -Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian itu dihadiri oleh ahli keluarga dan rakan-rakan karib kedua pasangan mempelai itu.

Menerusi kemaskini di Instagram, adik kepada pelakon wanita itu iaitu Tania Hudson memuatnaik gambar mengucapkan tahniah buat kakaknya yang kembali bergelar isteri.

Ini merupakan perkahwinan keempat buat Natasha Hudson dan beliau mengesahkan sudah berpisah dengan suami terakhirnya Carleed Khaza atau Khalid Kamal sekitar September 2018 lalu.

Tahniah buat pasangan Natasha hudson dan Noor Nashriq! (rtky/m)

Watsons Malaysia kini sedang mengadakan Watsons Buy-Buy Year End Sale dengan potongan harga barangan sehingga 50% di seluruh Malaysia. Ahli kad Watsons juga akan menerima HADIAH PERCUMA edisi terhad.

Ayuh serbu cawangan Watsons seluruh Malaysia untuk belanja keperluan diri untuk tahun baru!

Tertakluk terma & syarat, sementara stok masih ada.