fbpx

Tanggal Rantai & Gelang Emas, MK K-Clique Sertai Tabligh

Pasti ramai tahu penyanyi rap dari kumpulan K-Clique iaitu MK sering menerima kecaman ramai apatah lagi mengakui gemar memakai aksesori rantai dan gelang emas.

Bagaimanapun, baru-baru ini MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan menjadi perhatian apabila tular di media sosial penampilannya yang bersih tanpa gelang dan ramai emas ketika mengikuti kelas bersama jemaah tabligh.

BACA: Nabila Razali Tak Tolak Jodoh Dengan MK K-Clique

Menerusi foto itu, MK dilihat bersama beberapa rakan termasuk pelakon Mas Khan. Menurut pengurusnya, MK berkampung di Jerantut, Pahang selama tiga hari bagi mendalami ilmu agama.

“Dia sendiri yang nak sertai kelas agama itu. Sepanjang tempoh tiga hati itu dia mengikuti pengajian asas agama termasuklah buat akviti sunnah seperti menunggang kuda dan makan dalam dulang beramai-ramai.

“Kalau tengok foto dikongsikan, dia nampak seronok. Dia juga tanggal gelang dan rantai semua. Beberapa hari ini dia tak aktif di media sosial nak fokus dengan kelas. Alhamdulillah, benda baik kita sokong, apa yang penting niat dia untuk berubah,” katanya kepada mStar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Saad bin Abi Waqas (@azuanmazlan7)

Kata pengurusnya lagi, MK akan pulang ke Kuala Lumpur malam ini untuk meneruskan kerjaya seninya seperti biasa.