fbpx

Nabila Razali Tak Tolak Jodoh Dengan MK K-Clique

Bergandingan menerusi lagu Peluang Kedua dan membawa watak pasangan bercinta dalam muzik video tersebut, ramai peminat mahu Nabila Razali dan MK dari kumpulan K-Clique bercinta di dunia realiti.

Hanya melakukan yang terbaik untuk menyampaikan mesej dalam muzik video tersebut, bagaimanapun Nabila berkata dia tidak menolak jodoh dengan sesiapa sahaja termasuk MK jika ianya sudah tertulis.

BACA: Dimaki & Dihina Netizen, Nabila Razali Sedih Bakat Dipertikai

“Kalau bercakap fasal jodoh ni saya tak boleh buat apa, saya faham mungkin orang nampak keserasian kami dalam muzik video Peluang Kedua.

“Bagi saya, ia satu tanggungjawab untuk kami sampaikan mesej dan MK lakukan dengan sangat baik,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Bella berkata dia tidak menjangka lagu dan muzik video Peluang Kedua mendapat perhatian sehingga hari ini dan kini menerima lebih daripada 65,000 komen di YouTube.