fbpx

Tampil Mohon Maaf, Hannah Delisha Akhirnya Buka Mulut

Tak sampai sebulan berkahwin terpalit pelbagai kontroversi termasuk dakwaan perkahwinan tak direstui ibu, pelakon Hannah Delisha akhirnya tampil bersuara.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story malam tadi, Hannah membuat permohonan maaf dan menyatakan sebagai manusia biasa dia juga tidak dapat lari daripada masalah peribadi.

BACA: “Setiap Hari Hannah Menangis, Nak Berbaik Dengan Ibu Kandung”

“Saya ingin memohon maaf di atas perhatian yang tidak diingini ketika ini. Ya, seperti kebanyakan anda semua saya juga mempunyai masalah peribadi. Saya minta maaf kerana ia telah dikongsikan kepada umum,” katanya.

Kata Hannah lagi, dia tidak mahu kisah peribadinya menjadi perhatian kerana tujuan dia menceburkan diri dalam industri seni untuk menghiburkan orang ramai.

“Sejak mula-mula saya terlibat dalam industri ini, tujuan saya adalah sentiasa untuk menghiburkan anda semua dengan kerja saya, bukan kehidupan peribadi.

“Saya cuba sedaya upaya untuk elak daripada gossip kerana saya membawa bersama maruah negara. InsyaAllah saya akan terus kekal berada di landasan tersebut,” tulisnya.

Terdahulu, ibu pelakon itu berkongsi kata-kata puitis di Instagram termasuk meletakkan tanda pagar #IbuTidakRestu sekaligus mencetuskan spekulasi di kalangan netizen.