fbpx

“Setiap Hari Hannah Menangis, Nak Berbaik Dengan Ibu Kandung”

Sejak semalam, ramai dikejutkan dengan dakwaan ibu kepada pelakon jelita Hannah Delisha iaitu Noor Ashikin Ahmad dikatakan tidak merestui perkahwinan anaknya itu.

Terbaru, ibu mentuanya Mariana Yati mendedahkan hubungan Hannah dengan ibu kandungnya, Nor Ashikin Ahmad keruh sejak sekian lama.

BACA: Pesan Cari Pasangan Terbaik, Entri Ibu Hannah Delisha Setahun Lalu Jadi Perhatian

Simpati dengan nasib menimpa menantunya, Mariana yang juga pelakon veteran Singapura berkata Hannah setiap malam menangis dan sentiasa berdoa untuk berbaik dengan ibunya.

“Hannah tu budak baik. Kasihan saya tengok, setiap hari dia menangis dan berdoa agar hubungannya dan ibu kembali pulih.

“Bagi saya sebagai seorang ibu, anak kami telah selamat disatukan. Doa yang baik-baik sahaja sudahlah. Siapa kita nak menolak takdir, ketentuan dan jodoh ditetapkan Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Mariana berkata perkahwinan Hannah dan Imam itu diadakan atas kehendak pasangan itu sendiri dan tiada paksaan mana-mana pihak.

“Sampai hati dia (ibu Hannah) cakap macam tu, ini semua kerja Tuhan yang dah tentukan jodoh anak dia dengan siapa. Hannah kahwin pun memang tiada paksaan daripada saya atau imam,” katanya.

Diminta mengulas mengenai tarikh sebenar perkahwinan anak menantunya, Mariana bagaimanapun tidak mendedahkan sebaliknya memohon agar mendoakan kebahagiaan pasangan itu.

Hari ini, hangat diperkatakan apabila timbul satu lagi dakwaan apabila Hannah dikatakan telah pun mendirikan rumah tangga sejak setahun lalu.