fbpx

Tampil Berpurdah, Erma Fatima Dikecam Taasub Agama

Perkongsian terbaru pelakon dan pengarah Erma Fatima menjadi perhatian ramai apabila tampil dengan berpurdah. Bagaimanapun, ada pihak mendakwanya taksub agama dan memakai hanya untuk berfesyen.

Namun, menerusi perkongsian di Instagram, Erma memberitahu dia mempunyai alasan tersendiri mengapa dia memakai purdah. Erma menjelaskan dia mahu menjaga adab serta menunjukkan rasa hormat ketika bertemu agamawan.

BACA: Erma Fatima Luah Rasa Cemburu Lihat Wanita Hamil

“Bila pakai niqab dia kata islam extreme, dia kata fesyen, dia kata taksub. Aku pakai bukan kerana extreme apatah lagi menganggap niqab itu fesyen.

“Salah tu. Aku pakai kerana itulah adab bila berjumpa habib atau ulamak dari luar terutama dari Arab. Itu peradaban mereka yang harus di hormati,” tulisnya.

Erma memberitahu pemakaian niqab bukan perkara wajib bagi wanita, namun ianya dapat mengelakkan fitnah dimana dapat melindungi wajah dari pandangan yang boleh mengundang dosa.

“Memang dalam Quran tak suruh pakai niqab tapi kalau orang pakai niqab dah rasa selesa kenapa mesti kita pertikaikan. Melindungi wajah dari pandangan yang boleh mengundang dosa tak akan jadi satu kesalahan,” katanya.

Dalam pada itu, Erma turut meluahkan rasa kesal dengan sikap netizen yang asyik mencari kesalahan orang lain serta terlalu cepat menghukum. Malah, Erma meminta agar netizen yang negatif supaya ubati hati mereka terlebih dahulu.