fbpx

Erma Fatima Luah Rasa Cemburu Lihat Wanita Hamil

Setiap wanita yang berkahwin sudah pasti mempunyai keinginan untuk memiliki zuriat sendiri. Baaru-baru ini, perkongsian pelakon dan pengarah, Erma Fatima di Instagram untuk sahabat baiknya yang sedang hamil mendapat perhatian netizen.

Menerusi entri tersebut, Erma turut meluahkan rasa hatinya yang mengakui cemburu setiap kali melihat wanita hamil kerana itu adalah satu-satunya nikmat Allah yang tidak dapat dinikmati sehingga akhir hayatnya.

BACA: Erma Fatima Satukan Nabila Huda & Amy Search

Erma berkata, wanita hamil sememangnya sangat beruntung kerana berjaya menjadi seorang wanita sejati. Ujarnya lagi, memiliki zuriat adalah satu simbol kebahagiaan sebuah rumah tangga.

“Aku jadi cemburu setiap kali melihat wanita hamil. Satu-satunya anugerah Allah buat seorang wanita yang tidak akan dapat aku nikmati hinggalah akhir nyawaku. Memiliki zuriat yang menjadi simbol pada kebahagiaan kalian,” tulisnya.

Diruangan komen rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan memberi kata-kata semangat buat Erma.

Untuk rekod,  Erma mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil  Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra dan Nurain.