fbpx

Tampil Berjubah Ketika Berbulan Madu, Netizen Puji Penampilan Isteri MK

Meskipun hampir dua minggu sah bergelar suami isteri, kisah penyanyi rap MK K-Clique dan isterinya, Siti Hajaar masih lagi menjadi bualan di media sosial.

Mana tidaknya, ramai yang suka dan memuji penampilan isteri MK yang dilihat sopan serta sejuk mata yang memandang.

BACA: Jurumekap Dedah MK Minta Labuhkan Tudung Isteri

Terbaru, tular video dikongsikan seorang pengguna TikTok memaparkan Siti Hajaar dilihat mengenakan jubah ketika berada di lapangan terbang. Difahamkan, video itu diambil sebelum pasangan itu berangkan untuk pergi berbulan madu.

@nurmyrascarf_

#mk #sitihajaar

? Sampai Akhir (feat. DuMa) – Judika

Diruangan komen, rata-rata netizen memuji Hajaar yang dilihat cantik dan sopan meskipun hanya memakai jubah berwarna hitam sahaja.

Dalam pada itu, ramai yang senang dengan sikap Hajaar yang tampil simple sedangkan merupakan anak Datuk. Malah, ada yang menjadikan penampilan Hajaar tampil berjubah sebagai inspirasi.