fbpx

Jurumekap Dedah MK Minta Labuhkan Tudung Isteri

Jumaat lalu, penyanyi rap MK K-Clique akhirnya menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya, Siti Hajaar dengan sekali lafaz.

Meskipun sudah beberapa hari berlalu, kisah perkahwinan MK masih lagi menjadi bualan ramai apatah lagi ramai memuji penampilan isteri kepada penyanyi tersebut.

BACA: Isteri MK Rupanya Anak Tiri Noniswara

Terbaru, perkongsian jurumekap menggunakan nama Nurul MF menjadi perhatian apabila mendedahkan MK sendiri yang meminta untuk melabuhkan tudung isterinya untuk majlis resepsi.

Jurumekap itu turut menyifatkan wanita tersebut dimiliki oleh lelaki tepat sebagai pasangan hidup.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nurul MF (@makeupbynurulmf)

‘“Kak, minta tolong labuhkan lagi tudung isteri saya’ – MK K-Clique

“Alhamdulillah you’re are in the right hand Hajaar. Semoga Allah terus pelihara kalian berdua,” tulisnya.

Perkongsian jurumekap itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen ang memuji kecantikan Siti Hajaar yang memiliki perwatakan lemah lembut. Malah, ramai ang meluahkan rasa syukur Hajaar dipertemukan dengan suami yang menjaga aurat isterinya.