Zila Bakarin Terpilih Sebagai Ikon Program Jom Celik Al-Quran
Dikenali sebagai pelakon wanita yang sinonim dengan imej seksi dan sering memainkan watak antagonis, bagaimanapun Zila Bakarin sudah pun berhijrah dan kini tampil berhijab sepenuhnya.
Lebih manis penghijrahannya itu mendapat perhatian ramai malah pelakon itu juga turut diangkat menjadi Ikon Jom Celik Al-Quran oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
BACA: “Masa Ambik Anak Sekolah, Rasa Macam Tiada Seurat Benang Di Badan”
Menerusi Instagram, Zila ada memuat naik gambar bersama beberapa orang artis dalam majlis pelancaran program tersebut. Program itu bertujuan mengajak orang ramai agar sama-sama belajar mengaji dari awal sehinggalah khatam.
Dalam perkongsian tersebut, Zila berdoa agar segala urusan didunia dan diakhirat kelak terus dipermudahkan oleh Allah. Dia turut menyeru agar umat Islam menjadikan al-Quran sebagai panduan dan sahabat selamanya.
Diruangan komen, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada Zila dan beberapa artis yang lain diatas perlantikan tersebut. Malah ramai yang memuji kecantikannya sejak bertudung.
Terdahulu, Zila berkata keputusannya untuk berhijab adalah daripada dirinya sendiri dan tiada paksaaan daripada mana-mana pihak. Zila berkata hatinya terdetik untuk berhijab berlaku secara tiba-tiba.
Tahniah zila..
Tak penting pun lain la kalau calon ikon Saintis negara ke atau calon nobel prize.
SEMOGA GAMBAR-GAMBARMU YANG TANPA TUDUNG TERMASUK BERPAKAIAN SEKSI/MENJOLOK MATA DAH BOLEH BUANG..
Suka tgk kak zila bakar ni…. Moga kak zila kekal istiqamah