fbpx

“Tamatkan Segala Kekecohan, Bella Dah Move On” – Puteri Sarah

Pelakon Puteri Sarah berharap kontroversi membabitkan pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz dapat dihentikan segera.

Menerusi temu bual dalam satu program, Puteri Sarah berkata situasi tersebut semakin kecoh apabila melibatkan banyak pihak dan sangat membimbangkan kerana ianya semakin huru-hara.

BACA: Puteri Sarah Nafi Rujuk Dengan Syamsul Yusof

“Pada pandangan saya, benda ini (kontroversi) dah jadi , ‘chaos’ (kecoh), jadi sudah tiba masanya untuk ‘wrap it up’ (tamatkan). Kalau tidak makin tak tenang netizen dan kita. Dah huru-hara dan makin banyak karakter,” katanya.

Sementara itu, Puteri Sarah turut bangga Bella Astillah mampu meneruskan kehidupan dan apa yang penting adalah kesihatan mental lebih-lebih lagi sebagai ibu kepada dua cahaya mata.

“Yang saya nampak Bella dah ‘move on’. Teruskan apa yang dia buat, terus terbang tinggi. Semua yang ada ini dah cukup bagus.

“Sebab kita kena jaga kesihatan mental dan sebagai ibu kepada dua orang anak, kita tak boleh ‘down’. Anak-anak kita bergantung kepada kita. Kita kena kuat untuk anak-anak kita,” katanya.

SUMBER: Kosmo