fbpx

Puteri Sarah Nafi Rujuk Dengan Syamsul Yusof

Pelakon Puteri Sarah kesal dengan penyebaran berita palsu kononnya hubungan dengan bekas suami, pengarah Syamsul Yusof kembali bertaut.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Puteri Sarah berkata dia menerima pelbagai pertanyaan tentang kesahihan khabar angin mengenai rujuk semula.

BACA: Puteri Sarah Berjaya Jejak Lelaki Biadab, Tahu Tempat Kerja & Nombor Telefon

Menurut Sarah lagi, ada pihak tidak bertanggungjawab menggunakan berita palsu tersebut demi kepentingan diri.

“Seriuslah, makin menjadi-jadi tajuk Facebook. Makin benci dengan blog-blog dalam Facebook.

“Mula-mula kata nak rujuk balik, selepas itu mengarut kata rujuk kembali demi anak-anak. Aku tak fahamlah. Makin diam, makin aneh-aneh tajuk dia nak suruh masuk link Shopee,” katanya.

Dalam pada itu Puteri Sarah berkata ianya adalah berita palsu dan perkara tersebut tidak akan berlaku kerana dia sudah pun move on.

“Ramai DM (mesej langsung) tanya betulkah rujuk balik? Jadi bini nombor dua? Eh! Berita palsu. Tidak akan terjadi. Kita sudah ‘move on,” katanya.