Tamat Pengajian Di Peringkat PhD, Ahmad Idham Bergelar Doktor Falsafah
Tahniah diucapkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Ahmad Idham berjaya menamatkan pengajian pada peringkat PhD di Universiti Utara Malaysia dan kini bergelar Doktor Falsafah.
Berkongsikan berita gembira itu di Instagram miliknya, Dr Ahmad Idham turut memuat naik surat rasmi daripada Universiti Utara Malaysia yang menandakan bahawa dia sudah berjaya menamatkan pengajiannya.
BACA: Ahmad Idham Dedah Individu Guna Gelaran ‘Datuk’ Palsu
“Alhamdulillah. Tq UUM dan semua yang bersama saya mengharungi cabaran pengalaman ini.
“Terima kasih juga pada Penyelia saya Prof. Dato’ Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak dan penyelia-penyelia saya Prof Dr Rohana,” tulisnya.
Menerusi perkongsiannya itu, Dr Ahmad Idham membuat thesis dengan tajuk ‘Ekosistem dan Dasar Industri Perfileman Malaysia: Satu Kajian ke Atas Pengantarabangsaan Filem Melayu’
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dan rakan-rakan artis yang tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah di atas pencapaian membanggakan pelakon dan pengarah itu.
Rindu drama Ahmad idham ngn liza misbun dlu
Antara drama yg meletop mcm drama 7 hari paksamad n makleha serta abang ri
Abg ni buat drama seram ok…tapi kalau drama cinta ada kelaut sikit…so more drama seram bang;)
lepas ni sila hasilkan filem or drama yg bkualiti. dah ada phd kan!
Tahniah. dah berusia ni mmg kagum geng yg rajin belajar. ni mesti minat kalo x mcm hakak la amik master pun x habis
Yg ada professor madya pun skli hasil produk mcm org x skola jek!
Tahniah
Korang dengkiii…. bior le dia bkn isap dadah
Tahniah. Ini baru betul. Belajar dapat PhD.
Tak macam pakar motivasi yg menipu ada PHD yg keluarkan jutawan hampas.
Tak macam VidaGumuk yg Beli title Dr. dari university online Charles Molnar yg tak wujud konon konon dari Hungary.
Atau Boi Belon. Atau Erin Aura 18.
Ada ke nak perbodohkan netizen yg lebih pandai.
Tu belum lagi masuk hal Menteri menteri yang menipu akademik certificate.
Sorang lg prof razak mohaideen hahaha
Good job Dr ahmad.
Please come up wif one masterpiece yg dpt dibanggakan negara. Jgn buat cerita x ada gred. Amik cabaran ini.
Walaupun ada phd…saya mohon jgn sesekali buat filem..sebab saya akan tahu hasilnya