fbpx

Ahmad Idham Dedah Individu Guna Gelaran ‘Datuk’ Palsu

Perkongsian Ahmad Idham menerusi Instagramnya menjadi perhatian ramai apabila pengarah itu mendedahkan seorang individu dikenalinya telah menggunakan gelaran palsu demi kepentingan peribadi.

Menerusi posting itu, Ahmad Idham turut memuat naik hasil semakan status berkenaan. Menurut Idham, tindakannya itu adalah untuk menyedarkan individu berkenaan bahawa penipuan itu merupakan perkara serius dan memalukan.

BACA: Ahmad Idham Dilantik CEO Baharu Finas

Menurutnya lagi, individu berkenaan merupakan kenalan yang dikenalinya secara peribadi. Ujarnya, dia sudah lama mengetahui tentang perkata itu namun ianya telah menjadi semakin serius.

“Kami mahu dia tahu bahawa mempunyai darjah kebesaran seperti Datuk bukan sesuatu yang boleh dibuat main terutama sekali jika seseorang itu langsung tidak memilikinya,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Ahmad Idham mengakui telah pun membuat teguran secara ‘berlapik’ serta mengingatkan individu berkenaan bahawa pembohongan tersebut boleh terbongkar bila-bila masa sahaja.

Katanya, dengan teknologi yang semakin canggih segala maklumat boleh didapati dalam masa yang singkat sahaja.

Jelasnya, tindakannya itu bukan mahu mengaibkan mana-mana pihak tetapi mahu menggunakan kuasa media untuk mengingatkan orang ramai bahawa isu ini adalah perkara yang serius.