fbpx

Tamara Bleszynski & Suami Kini Bercerai, Orang Ketiga Menjadi Punca?

Isnin lalu, mahkamah memutuskan yang Tamara Bleszynski & suami, Mike Lewis sah bercerai menjadikan ini penceraian kedua buat si aktress Indonesia itu.

Sepanjang perbicaraan kes penceraian mereka, isu tiada persefahaman & selisih faham menjadi punca utama pasangan ini menuntut cerai tetapi ada kisah yang lebih menarik.

Kapan Lagi melaporkan yang sumber terdekat mereka ada maklumat kenapa rumahtangga pasangan ini sampai ke penghujung’nya & ia’nya melibatkan orang ketiga.

Aktress yang pernah membintangi filem Cicak Man 2 terbitan KRU Studios di’Malaysia ini di’khabarkan sedang intim dengan seorang jejaka yang mempunyai harta & kedudukan.

Tamara Bleszynski di’katakan sudah letih berusaha membina rumahtangga beliau bersama Mike Lewis dan dalam masa yang sama tidak dapat memenuhi gaya hidup mewah beliau.

Dan, sepanjang proses mereka menuntut cerai, Tamara Bleszynski dan suami berkali kali menegaskan yang tiada orang ketiga dalam hubungan mereka selama ini & mereka sebenarnya kelihatan bahagia sehingga’lah pengumuman mengejutkan untuk bercerai baru baru ini.