fbpx

Kurang dua bulan sahaja lagi untuk melangkah ke fasa seterusnya iaitu ke alam perkahwinan, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat mengakui dia dan tunangnya, Nabil Mahir sudah mula sibuk membuat persiapan.

Meskipun berdepan kekangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Ayda berharap segala urusan perkahwinan yang dirancang dipermudahkan. Ayda berkata persiapan majlis sudah pun siap 50 peratus.

BACA: Ayda Jebat, Nabil Mahir Umum Nikah 1 Januari 2021

“Persiapan perkahwinan sedang kami lakukan. Alhamdulillah, persiapan pun sudah melebihi 50 peratus. Saya mohon semua pihak mendiakan agar majlis kami berjalan dengan lancar seperti yang sudah dirancang.

“Majlis perkahwinan kami akan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Doakan semoga semuanya lancar,” katanya.

Mengumumkan bakal melangsungkan pernikahan mereka pada 1 Januari tahun depan, Ayda berkata tarikh itu dipilih bagi memudahkan mereka mengingati ulang tahun perkahwinan. Malah, keluarga juga bersetuju dengan tarikh berkenaan.

“Majlis akad nikah akan diadakan di sebelah pagi dan majlis resepsi akan diadakan pada sebelah malam.

“Tarikh ini sudah pun mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak keluarga kami. Saya bersyukur keluarga merestui permintaan untuk kami mengadakan majlis pernikahan pada 1 Januari 2021 nanti,” katanya.