fbpx

Ayda Jebat, Nabil Mahir Umum Nikah 1 Januari 2021

Hampir tujuh bulan mengikat tali pertunangan, pasangan selebriti popular Ayda Jebat dan Nabil Mahir mengumumkan bakal mendirikan rumah tangga pada awal Januari tahun depan.

Menurut Nabil, selepas memikirkan beberapa tarikh sesuai, mereka sepakat memilih 1 Januari kerana ianya lebih mudah untuk diingati serta mengharapkan doa yang baik-baik daripada peminat.

BACA: Ayda Jebat, Nabil Mahir Bakal Umum Tarikh Nikah Malam Ini

“Ini adalah pengumuman majlis perkahwinan kami iaitu pada 1 Januari 2021. Saya pilih tarikh kahwin paling senang nak ingat. Mulanya saya dah bagi beberapa tarikh tapi Ayda macam bagi cadangan lain sebab dia mungkin tak ingat date nanti.

“Kami harapkan keluarga, kawan-kawan dan peminat mendoakan yang terbaik untuk kami berdua,” katanya.

Perkhabaran gembira itu diumumkan oleh Nabil dan Ayda menerusi saluran YouTube mereka WuvvShow pagi tadi.

Untuk rekod, Nabil sebelum ini, melamar pelantun lagu Temberang itu pada sambutan hari lahirnya yang ke-28 pada 17 Mac lalu. Kemudian, pasangan itu mengikat tali pertunangan secara dalam talian pada 28 April lalu.