Takut Dengan Kematian, Nora Danish Buat Wasiat Siap-Siap
Diserang masalah anxiete sejak bulan Mac lalu, pelakon jelita Nora Danish mengatakan dia tidak tahu punca masalah dihadapinya itu.Nora memberitahu mungkin ia disebabkan pertambahan usia kini mencecah 40 tahun.
Memetik Oh Bulan, Nora berkata dia sering berfikiran melampau serta sentiasa terfikir tentang kematian sehingga takut uuntuk menaiki kapal terbang.
BACA: Selalu Fikir Tentang Kematian, Nora Danish Jadi Takut Naik Pesawat
“Ya, saya memang ada masalah anxiety (kegelisahan melampau) sejak baru-baru ini. Masalah itu jugalah (anxiety) selalu membuatkan saya sering terfikir untuk mati dan jadi takut nak laluinya.
“Bayangkan sampai tahap nak naik kapal terbang pun saya jadi takut dan fikir akan mati sampai boleh jadi anxiety,” katanya.
Nora berkata lagi, pernah satu tahap dia menghubungi ibunya meminta untuk jagakan anak-anaknya serta membuat wasiat harta.
“Risaunya tu sampai tahap saya pernah call emak untuk jagakan anak-anak dan keluarga selain buat wasiat siap-siap pasal harta pusaka yang saya ada,” katanya.
Dalam pada itu, Nora menafikan masalah kegelisahannya itu disebabkan kata-kata negatif daripada netizen. Katanya lagi, dia tidak menjalani sebarang rawatan sebaliknya kini belajar untuk mengawal diri.
“Nak kata anxiety tu datang disebabkan faktor tekanan kerja tidak juga. Disebabkan komen-komen negatif netizen pun tidak juga, sebab saya sendiri jenis tidak ambil tahu sangat pasal mereka.
“Saya tidak menjalani sebarang rawatan untuk berdepan dengan ‘anxiety’, sebaliknya saya belajar untuk mengawal diri menerusi perkongsian di media sosial. Saya perbanyakkan membaca kata-kata motivasi,” katanya.
- SUMBER
- Oh Bulan
Anxiety ni adik beradik “ain” penyakit dari panahan mata orang yang sakit hati dan benci…kalo ko kena pun mmg logik la Nora…sbb banyak sgt upload gambar2 ko yg seksi2 tu, mungkin salah satu sbb orang membenci.
Ada org politik bawahan tu, terlalu over…perangai sejibik macam Rosmah.
Terkena anxiety, 3 bulan terlantar dlm bilik serupa orang nak mati dah…huhuhuuu
jangan mengata org.. kita tak tau apa nasib kita. doa yg baik2 saja. sabar nora, wlwpun aku bukan peminat ko, tapi sesama insan aku memahami dan doakan ko cepat sembuh…
Ceh itu yg nko pikir Nora!! Ingt nk ttup aurat ke..hapeerrr???matila cpat! Idup pn buat dosa mata manusia buat apa..