Selalu Fikir Tentang Kematian, Nora Danish Jadi Takut Naik Pesawat
Pelakon Nora Danish berkata dia kini berdepan masalah anxiety dan sering berfikir buruk tentang sesuatu perkara.
Memetik mStar Online, Nora berkata dia juga selalu fikir tentang kematian sehingga takut menaiki pesawat. Ujarnya, perubahan itu mungkin disebabkan peningkatan faktor usia.
BACA: Nora Danish Tak Senang Duduk Tengok Filem Mat Kilau, Sampai Tangan Basah
“Saya memang ada anxiety dan stage fright. Baru-baru saya dapat rasakan perubahan itu. Mungkin sebab faktor usia sekarang ini membuatkan saya sentiasa fikir tentang kematian.
“Saya sendiri seorang yang terlalu emosi dan sensitif, jadi apabila sesuatu perkara terjadi ia menyumbang kepada overthinking.
“Bagaimanapun saya tidak mahu anggap ia sebagai satu yang negatif, sebaliknya fikir apa yang saya alami ini sebagai satu superpower yang boleh saya salurkan kepada perkara positif. Dengan cara ini saya akan lebih menghargai orang sekeliling,” katanya.
Bijak mengatasi tekanan, Nora berkata dia selalu mengingatkan dirinya supaya tidak berputus asa serta melakukan lebih baik di masa akan datang.
“Saya tidak terkesan dengan kata-kata orang kerana tahu tidak semua sukakan kita. Namun dari segi kerjaya apabila kita meletakkan satu sasaran dan tidak tercapai ia akan jadi tekanan.
“Saya selalu bayangkan di usia 40 tahun akan capai pelbagai perkara namun masih ada yang belum dikecapi.
“Tidak salah untuk menangis jika rasa tertekan. Saya ingatkan diri sendiri supaya jangan mudah berputus asa dan menjadi lebih baik esok hari,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Ingat mati tu sunat, bagus laa kalo awak ingt mati sbb bila2 masa je kita boleh mati dan xde sapa pun yg tau bila dia akan mati. Persoalannya kalau awak ingt mati perangai tu bwk2 la berubah. X mampu buat sekaligus xpe buat la perlahan2 asal ada perubahan ke arah lebih baik. Hidup ni bkn tentang apa yg kita cerita kt org tentang apa yg kita buat dan rasa tp tentang tindakan kita sehari2 di mana hanya Tuhan yg melihat tiap apa yg kita buat!
ko sakit ni kak. better pg berubat cepat sebelum melarat. ramai dah orang sakit macam ni, sakit yang asyik ingat kematian. ada yang sampai gile. so jangan main2… base on true story…
boleh share neraka dgn Elyana tu
Asal bibir dia macam tu. Macam badut sama macam sri vida eeeeeeyeeewwwww x selera sial!
Jimah
Aku pun nampak benda yang sama. muka dia macam vida. dah azali memang tak lawa. kulit putih kalau muka buruk tak lawa tetap lah buruk. kau tenyeh lah selautan botox atau apa jugak injection. semakin buruk dan hauk adalah pasti
Nora danish cantik nampak muda and sexy
Pesawat ko takut..tuhan ko tak takut…kalo takut mati berhijablah…
Alhamdulillah tu dapat rasa bila menginjak ke usia begitu, mmg akan ada satu2 stage dlm hidup akan dapat rasa sesuatu, so satu signal utk prepare kembalikan diri selalu kpd Allah swt, buat saja slow and steady, berterusan inshaAllah ada la Allah nak bagi tu nanti