fbpx

“Takkan Tiba-Tiba Nak Ubah Jadi Alif Satar?”

Cara pengacaraannya sering dikritik dan dikatakan berlebihan, Nabil Ahmad tidak tersinggung apabila ada pihak membandingkan dirinya dengan pengacara, Alif Satar.

Menurut Nabil, masing-masing punyai kelebihan dan cara pengacaraan mereka tersendiri. Malah katanya lagi, tidak mungkin dia boleh menjadi seperti Alif Satar dan begitu juga Alif yang tidak boleh menjadi seperti dirinya.

BACA: Nabil Ahmad Akui Hilang Tawaran Kerja Selepas Tukar Kerajaan

“Saya tak boleh jadi Alif dan dia tak boleh jadi saya. Itu kehebatan dan perbezaan hos masing-masing. Alif ada cara dia, kalau saya jadi macam dia orang akan kata saya propa.

“Saya dah buat GV selama enam tahun dan takkan tiba-tiba saya nak ubah menjadi Alif? Alif pula kalau cuba jadi saya dan lawak tu tak sampai, apa pula kesannya pada dia?

“Jadi, masing-masing ada keunikan mengacara sesebuah rancangan dan saya akan terus buat perangai saya mengikut terma dan syarat rancangan itu sendiri,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Nabil berkata dia terbuka menerima kritikan dan penonton berhak mengemukakan pendapat mahupun cadangan mengenai cara pengacaraannya.