fbpx

Nabil Ahmad Akui Hilang Tawaran Kerja Selepas Tukar Kerajaan

Mengakui tahun 2019 merupakan tahun yang sukar buatnya, Nabil Ahmad mendedahkan selama empat bulan beliau terpaksa duduk dirumah sahaja kerana tidak mendapat tawaran kerja selepas pertukaran kerajaan awal tahun lalu.

BACA: Nabil Ahmad Bina Rumah Tepi Kubur Untuk Beramal

“Sejujurnya sejak tukar kerajaan saya akui memang perjalanan krjaya sedikit terjejas. Permulaan tahun 2019 sukar untuk saya sekeluarga. Empat bulan saya duduk rumah, tak ada job sebab semua job yang saya dah lock tahun lalu dibatalkan atas faktor tertentu”

“Kebanyakan tawaran yang saya terima melibatkan majlis atau acara kerajaan terdahulu. Jadi sepanjang empat bulan itu saya hanya bergantung pada bayaran jadi penyampai radio dan pengacara MeleTOP”

“Ketika itu memang saya hanya kerja hari Selasa saja, pagi di radio manakala malam di MeleTOP pula. Alhamdulillah karier seni saya dah okey dan berjalan seperti biasa. Sebab itulah saya kena cari jalan untuk melabur duit,” jelasnya

Disebabkan itu Nabil mula mencuba nasib dalam bidang perniagaan vape (rokok elektronik) kerana melihat peluang untuk melaburkan duit. Produk berkenaan dinamakan LUPK Vaporboy dan baru saja dilancarkan. (rtky/w)