fbpx

Baru-baru ini tular video memaparkan seorang wanita memakai pakaian seperti sami Buddha sambil menyebut ‘Bismillah’ dikatakan mirip seperti usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida.

Memetik Kosmo, Vida menafikan dirinya adalah sami wanita yang tular dalam video berkenaan. Kata Vida lagi, dia tidak tergamak menyekutukan Allah lebih-lebih lagi demi konten.

BACA: “Diam Sebab Nak Kahwin? Tunggu Saja Berita Baik” – DSV

“Bukan saya! Saya tahu sudah buat bermacam-macam benda, tapi saya tidak tergamak untuk mendua atau menyekutukan Allah SWT.

“Apa yang kalian lihat dalam media sosial itu bukan saya. Ramai ‘serang’ cakap itu saya tanpa bertanyakan sendiri kepada tuan badan.

“Saya tidak akan pernah sesekali menduakan Tuhan kerana walaupun saya suka tampil dengan imej pelik, terpekik terlolong dan suka mengusik dalam media sosial, saya tahu batasan sebagai seorang Muslim,” katanya.

Dalam pada itu, Vida berkata dia tidak kisah dengan tomhaman dilemparkan netizen kerana individu itu bukan dirinya dan perkara itu tidak masuk akal.

“Biarlah orang nak kata apa. Saya cuma jelaskan situasi sebenar bahawa wanita itu bukan saya. Takkan saya nak pakai macam sami Buddha dan pergi ke kuil? Memang tak masuk akal dan bila masa pula saya pergi Nepal?” jelasnya.

Difahamkan, wanita tersebut merupakan seorang penyanyi kelahiran Turkiye bernama Bulent Ersoy dan beragama Islam.