fbpx

“Diam Sebab Nak Kahwin? Tunggu Saja Berita Baik” – DSV

Tiada angin tiada ribut, timbul desas desus usahawan sensasi, Datuk Seri Vida sedang sibuk dengan persiapan perkahwinan.

Memetik Utusan Online, Vida berkata buat masa ini dia tidak boleh berkongsi apa-apa berita kerana menghormati pihak lain serta meminta untuk menunggu saja berita baik daripadanya.

BACA: Takut Mati Sebab Potong Usus, DSV Batalkan Di Saat Akhir

“Kahwin? Tunggu sahaja berita baik saya. Memang kalau ikutkan, saya kurang kontroversi kebelakangan ini. Tetapi itu disebabkan kesibukan saya menguruskan beberapa hal peribadi. Bukan mahu menyorokkan berita baik, cuma nanti sahajalah. Bila tiba masa sesuai, saya akan kongsi,” katanya.

Difahamkan desas desus itu timbul apabila video muzik rayanya tahun ini bertajuk Muah Muah Raya tidak mencetuskan sebarang kontroversi.

Bagaimanapun, Vida berkata dia tidak mempromosikan lagu tersebut seperti sebelum ini kerana kekangan waktu dan sibuk.

“Memang orang puji, ramai suka tetapi itulah, memang situ sahajalah lagu itu. Tidak seperti lagu-lagu sebelum ini. Pasrah juga bila keadaan itu berlaku. Rasa rugi bila tak dapat rangka promosi dengan baik. Nak buat macam mana, saya sibuk,” katanya.